6 rentung Nissan Skyline terbakar adalah warga asing - pakdin.my

skyline-terbakar-kg-pandan-2

Enam mangsa rentung dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta jenis Nissan Skyline di Bulatan Kampung Pandan, di sini awal pagi tadi merupakan warganegara asing.

Mangsa terdiri daripada seorang lelaki warga Britain, tiga wanita warga Filipina dan dua wanita Myanmar gagal menyelamatkan diri selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan terbakar.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Simon John Hall, 40, pengurus syarikat Leighton Offshore, di sini; dan warga negara Filipina ialah itu Siso Aileen, 30; Maileen Tentative Montejo, 26; dan Mary Grace Macaraig, 24.

Dua warga Myanmar itu yang memiliki pas Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) dikenali sebagai Pi Pi, 20, dan Ester Sui, 26.

Dalam kemalangan 12.45 pagi itu, kereta berkenaan yang dalam perjalanan ke Kampung Pandan dipercayai hilang kawalan menyebabkannya terbabas dan melanggar tiang jejambat jalan, sebelum terbakar.

 

UTAMABERITA6 rentung Nissan Skyline terbakar adalah warga asing

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium