27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

6 warga Afrika cuba lari ditahan setelah berlanggar sesama sendiri di Puchong

Warga Afrika yang ditahan

Puchong: Cemas dengan kehadiran polis, enam warga Afrika yang menaiki dua kenderaan berasingan bertembung sesama sendiri dalam Ops Tapis dan Ops Rantau, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 9.30 malam itu, sekumpulan warga asing yang berusia dalam lingkungan awal 30-an itu cuba melarikan diri selepas diserbu polis ketika mereka leka bersembang di depan sebuah kedai di Jalan Wawasan 2/22 Pusat Bandar Puchong, di sini.

Bagaimanapun, mereka yang masing-masing menaiki PERODUA MyVi dan PROTON Satria gagal meloloskan diri selepas berlanggar sesama sendiri, sebelum berlaku pertengkaran antara mereka kerana ditahan polis.

Ujian air kencing ke atas mereka mendapati tiga daripada mereka positif dadah.

Basmi jenayah

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Asisten Superintendan Mohd Faisal Yahya, berkata operasi bermula jam 9 malam hingga 10.30 malam itu dilakukan untuk membasmi masalah warga asing, khususnya membabitkan aktiviti dadah dan jenayah lain di sekitar Puchong.

Katanya, kedua-dua operasi itu dilaksanakan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Serdang dengan kerjasama Balai Polis Puchong Jaya yang diketuai Ketua Balainya, Inspektor Hailmi Azam Nordin, membabitkan dua pegawai dan 38 anggota.
“Empat kawasan operasi menjadi sasaran iaitu Jalan Wawasan 2/22 dan Jalan Wawasan 4 di Pusat Bandar Puchong, Jalan Puteri 5/5 Bandar Puteri dan Pangsapuri Sri Begonia Puchong,” katanya.

 






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan