32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

60 Pain Darah Yang Di Dermakan Oleh Penduduk Pulau Tioman Diterbangkan Ke HSA

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada Selasa melakukan penerbangan ihsan membawa bekalan darah bagi pesakit yang memerlukannya susulan insiden kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Bekalan 60 pain darah itu didermakan penduduk Pulau Tioman.

Dalam kenyataan hari ini, Maritim Malaysia berkata operasi itu diketuai Pengarah Cawangan Operasi Udara Maritim Malaysia Brigadier Jeneral Datuk Rosni Aziz bersama enam kru pesawat.

“Bekalan darah yang diterbangkan hari ini adalah sebagai bantuan perubatan kepada para pesakit yang memerlukan susulan insiden kebakaran di Hospital Sultanah Aminah yang berlaku pagi tadi,” katanya.

Operasi itu menggunakan pesawat Helikopter Agusta Westland (AW 139) Maritim Malaysia yang berlepas dari Stesen Udara Maritim Malaysia Subang pada 10.30 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Pulau Tioman pada 11.30 pagi.

Pesawat itu berlepas dari Pulau Tioman pada 2.30 petang dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor pada kira-kira pukul 3 petang.

Dalam kejadian yang bermula 8.56 pagi itu, enam pesakit, terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki maut.

Mereka adalah antara tujuh pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) berkenaan manakala seorang pesakit lagi ditemui selamat dan masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah.

Dua kakitangan hospital berkenaan dihantar ke Hospital Sultan Ismail manakala seorang kakitangan lagi dirawat di Hospital Sultanah Aminah akibat terhidu asap.

20161026-hsa-terbakar-darah

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan