60 rumah di Felda Gedangsa rosak di landa ribut - pakdin.my

ribut-gedangsa-2

Kuala Kubu Bharu: Lebih 60 rumah di sembilan kawasan perkampungan terjejas teruk akibat ribut yang melanda tanah rancangan Felda Gedangsa di sini, lewat petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 6 petang tadi disusuli hujan lebat dan ribut petir.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Gedangsa, Zainuddin Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu hujan lebat lebih 40 minit dan secara tiba-tiba ribut menerbangkan bumbung rumah penduduk.

“Sehingga kini (petang tadi) seramai 60 keluarga dalam senarai mangsa terbabit dengan ribut.

“Kejadian membabitkan beberapa perkampungan seperti Kampung Rahmat A dan B, Kampung Tengah, Kampung Bahagia, Kampung 15, Kampung Raja, Kampung Bukit, Kampung Keliling dan Kampung Seberang,” katanya.

Menurutnya, ini kejadian ketiga tahun ini dan terburuk kerana membabitkan banyak perkampungan.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul ketika dihubungi berkata pihaknya difahamkan kejadian berlaku kira-kira 6 petang tadi.

“Dianggarkan kira-kira 20 jumlah rumah terlibat, namun jumlah sebenar masih disiasat,” katanya.

Beliau berkata, anggota dan pegawai telah dihantar ke lokasi kejadian untuk tindakan lanju

 
 

Datuk Rosni ADUN Hulu Bernam melawat mangsa bencana ribut
Datuk Rosni ADUN Hulu Bernam melawat mangsa bencana ribut

ribut-gedangsa-5
ribut-gedangsa-4

UTAMAPOLITIK60 rumah di Felda Gedangsa rosak di landa ribut

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium