6,000 generasi muda sertai UMNO dalam sebulan - pakdin.my

Generasi muda memberi sambutan baik kepada UMNO apabila 6,000 mendaftar sebagai ahli baru setakat dalam tempoh hanya sebulan.

Jumlah itu dilaporkan pada setiap bulan dan telah dikemukakan kepada pihak pengurusan UMNO.

“Bulan Ogos sahaja jumlahnya 6,000 iaitu 374 ahli biasa, 731 bagi ahli Wanita, Pemuda 2,716 dan 2,179 Puteri.

“Saya sebut perkara ini kerana ada parti dapat 30 ahli (baru) dikeluarkan (berita) muka depan akhbar. Sebagai perbandingan itulah hakikat bahawa parti UMNO masih mendapat sambutan orang ramai dengan menyertai parti kita,” kata Najib.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.

MT juga kata Najib telah megambil maklum bahawa pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di universiti tempatan, pro Aspirasi telah mendominasi pemilihan kesemua 12 universiti dimenangi oleh pro Aspirasi.

“Ini gambaran positif, dasar kerajaan tetap diterima oleh generasi muda asalkan diberikan peluang menjelaskan kepada mereka dengan membuat ‘engagement’ dengan generasi muda,” katanya.

Sementara itu, MT UMNO pada hari ini turut mengumumkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 akan diadakan bermula 29 November hingga 3 Disember depan.

“Taklimat Presiden pada 29 November pada Selasa diikuti Majlis Perasmian PAU bagi pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dan MT putuskan supaya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang merasmikan persidangan serentak kesemua sayap pada malam tersebut,” katanya.

Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri pula akan bermula pada 30 November dan Mesyuarat Khas MT akan diadakan pada sebelah malam.

Manakala pada 1 Disember 2016 Jamuan Makan Malam Presiden akan berlangsung dan seterusnya PAU akan berakhir sehingga 3 Disember 2016.

20160930-mt-umno-ahli-baru

UTAMAPOLITIK6,000 generasi muda sertai UMNO dalam sebulan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium