2.1 Juta Orang Masih Menggunakan Sambungan Internet Dial-Up AOL di Amerika Syarikat - pakdin.my

AOL-Dialup-Internet
AOL mengatakan mereka masih mempunyai 2.1 juta pelanggan internet menggunakan sambungan dial up.

Ini boleh menjadi salah satu berita yang paling pelik hari ini.

Jika anda telah menggunakan internet sejak ia diperkenalkan, anda mungkin ingat lagu klasik dailup apabila anda cuba untuk menyambung ke web.

 

Rupa-rupanya, lebih daripada dua juta orang di Amerika Syarikat masih menggunakan sambungan internet tersebut yang sangat perlahan.

Untuk meletakkan perkara dalam perspektif, sambungan dial-up hanya menawarkan kelajuan 56kbps, sedangkan ramai yang akan mengatakan bahawa 1Mbps adalah kelajuan sambungan minimum untuk rasa selesa melayari internet. Cuba kita mengalami sendiri sambungan dengan kelajuan 64Kbps atau laju sedikit selama seminggu, kita akan merasai masa yang sangat tidak selesa melayari internet.

64kbps-diialup-internet600x320
Hidup dalam suasana internet berkelajuan 64kbps

Yang lebih mengejutkan ialah hakikat bahawa pengguna membayar kira-kira AS $ 20 (kira-kira RM71) sebulan untuk perkhidmatan ini. Jauh lebih mahal daripada pelan First Basic 38 oleh Celcom sebagai contoh , yang tidak mengenakan pengguna bayaran setinggi itu pada kelajuan yang lebih tinggi.

Internet kelajuan tinggi tidak wujud bagi orang-orang yang tinggal di luar bandar. Mungkin dua juta pengguna dial-up adalah terdiri daripada mereka yang tinggal diluar bandar. Ini menunjukkan betapa beruntungnya sebahagian daripada kita yang tinggal dikawasan bandar.

 

UTAMA2.1 Juta Orang Masih Menggunakan Sambungan Internet Dial-Up AOL di Amerika Syarikat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium