Bekas penghulu antara 20 anggota keluar Pas sertai UMNO - pakdin.my

Kecewa dengan prinsip perjuangan dan perubahan dalam pucuk pimpinan, 20 anggota PAS termasuk seorang bekas penghulu di sini bertindak keluar parti dan menyertai Umno hari ini.

Bekas penghulu mukim Gong Nangka Zakaria Mat Husin berkata PAS sekarang sudah berubah dan seolah-olah tidak lagi yakin dengan perjuangannya.

“PAS sekarang lebih pentingkan kroni daripada kehendak agama,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis “Selamat Tinggal PAS, Kami Kecewa PAS Sokong Ambiga”, di Kampung Alor Pasir, di sini.

Zakaria juga berazam untuk menarik kira-kira 1,400 pengundi PAS di kawasannya menyokong Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Ketua Pemuda PAS cawangan Alor Pasir Mohd Jizi Omar pula berkata beliau memutuskan keluar parti selepas kecewa dengan kegagalan PAS menunaikan janji pilihan raya umum lepas.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman yang hadir pada majlis tersebut, berkata setakat ini kira-kira 3,000 anggota PAS bertindak keluar parti dan menyertai Umno.

Ini katanya memberi keyakinan kepada Barisan Nasional untuk merampas kerusi Parlimen Pasir Puteh serta empat kerusi Dewan Undangan Negeri di bawahnya iaitu Limbongan, Selising, Gaal dan Semerak pada pilihan raya umum kelak.

UTAMABERITABekas penghulu antara 20 anggota keluar Pas sertai UMNO

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium