Status Ishak Ismail Sebagai Adun Lenggeng Kekal Sehingga Keputusan Rayuan Muflis - pakdin.my

ishak-ismail-isytihar-muflis-adun-lenggeng

Status Datuk Ishak Ismail sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, kekal walaupun diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi di sini, kerana kesnya dalam proses rayuan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata keputusan itu dilakukan bagi memberi ruang kepada kes rayuan itu didengar di mahkamah kelak.

“Kita (kerajaan negeri) akan panggil beliau (Ishak), tetapi dalam masa sama, kita dapati beliau telah mengemukakan rayuan.

“Jadi apabila rayuan itu dibuat dalam tempoh dibenarkan, kita kena tangguh dahulu sebarang keputusan sehingga rayuan itu didengar dan keputusan baharu diputuskan di mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di Wisma Negeri, di sini Rabu.

Ishak, 64, diisytiharkan muflis oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah pada 18 Mac lalu setelah dia gagal untuk membayar pinjaman kepada seorang ahli perniagaan, Datuk Misran Sukadi.

Seseorang wakil rakyat boleh hilang kelayakan apabila diisytiharkan muflis.

UTAMABERITAStatus Ishak Ismail Sebagai Adun Lenggeng Kekal Sehingga Keputusan Rayuan Muflis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium