Wednesday, October 9, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

Setiap Perdana Menteri Melakukan Yang Terbaik Untuk Negara – Najib - pakdin.my

najib_mubarak_selangor_3

Setiap perdana menteri melakukan yang terbaik serta mempunyai jasa dan sumbangan buat negara pada zaman masing-masing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Apa yang penting, (ialah) untuk kita lakukan yang terbaik dalam zaman kita kerana sejarah akan menilai kita, dan saya berazam untuk melakukan terbaik untuk rakyat,” katanya pada majlis ‘Sepetang bersama Perdana Menteri’ anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor dengan kerjasama Badan Perhubungan UMNO Selangor di sini, hari ini.

Najib berkata: “Kita tahu jasa Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj) kepada negara. Saya tidak boleh kata (saya) lebih baik daripada (ayahanda) Abdul Razak (Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein) dan juga pemimpin-pemimpin lain yang menjadi perdana menteri.”

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak menganggap dirinya sebagai perdana menteri yang terbaik berbanding lima perdana menteri sebelum ini.

Najib mengulas kenyataan Yang Dipertua Mubarak Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar dalam ucapan aluannya yang menganggap beliau sebagai perdana menteri terbaik berbanding perdana-perdana menteri Malaysia sebelum ini.

Turut hadir Pengerusi UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar serta kira-kira 2,000 orang tetamu.

Najib berkata beliau tidak mempunyai niat lain dalam menjalankan tugasnya memimpin negara selain berusaha dengan terbaik untuk bersikap telus kepada rakyat.

Malah, katanya usaha kerajaan melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah membantu dalam perkembangan ekonomi negara.

Dari segi ETP dan GTP, kita telah capai kadar 6 peratus. Berapa negara boleh capai kadar itu? Kita boleh bilang dengan jari sebelah tangan dan kita telah atasi banyak negara lain.

Malah, sejak saya jadi perdana menteri, kadar penambahan GNI (ukuran kekayaan negara) dalam tempoh lima tahun bertambah 49 peratus dan ini bererti kekayaan negara kita telah bertambah,” katanya.

Najib turut mengulangi komitmennya untuk melakukan yang terbaik buat rakyat dan negara, walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan kritikan daripada pelbagai pihak.

Mengulas mengenai kritikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya, beliau berkata setiap perdana menteri mempunyai cabaran dan ujian tersendiri ketika zaman masing-masing termasuk Dr Mahathir.

“Ketika berdepan ujian UMNO diharamkan pada 1987, Dr Mahathir berkata jika beliau menang satu undi pun, beliau akan tetap jadi perdana menteri…dan walaupun hampir 50 peratus anggota UMNO tolak kepimpinannya, beliau tetap tidak turun.

“Maknanya, saya juga amalkan prinsip yang sama. Kalau hari ini saya dapat sokongan, kenapa saya patut turun? Saya dipilih melalui proses demokrasi dan yang pilih saya ialah anda semua,” katanya.

Mengenai sistem pemilihan baharu UMNO dengen meminda Perlembagaan parti itu pada 2009 dan dilaksanakan pada pemilihan jawatan parti itu pada 2013, Najib berkata ia dilakukan bagi menjamin pemilihan yang lebih telus dan terbuka termasuk dalam pemilihan jawatan tertinggi parti.

“Jika ikut perlembagaan UMNO dahulu, kalau nak cabar presiden parti mesti dapat minimum undi daripada 63 bahagian. Jadi, Dr Mahathir bolehlah kekal selama 22 tahun menjadi presiden parti dan perdana menteri bila guna perlembagaan macam itu.

“Saya bagaimanapun nak UMNO lebih terbuka di mana kita biar, jika ada orang nak bertanding (untuk jawatan presiden parti) tetapi Alhamdulillah, saya menang tanpa bertanding dan saya tidak bergantung kepada kuota atau undi bonus,” katanya.

Sebelum pindaan Perlembagaan UMNO pada 2009, seseorang yang mahu bertanding jawatan tertinggi parti perlu terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 Bahagian UMNO.

Mengulangi falsafah Bugis yang berbunyi “walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan’ sebagai pegangannya, Najib menegaskan beliau tetap meneruskan perjuangannya bukan kerana kuasa tetapi kerana iltizamnya untuk melakukan sebaik mungkin,termasuk meneruskan agenda dalam memastikan Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020.

“Agenda untuk pastikan UMNO dan BN terus berkuasa di bumi bertuah ini juga wajib kita perjuangkan. Kita akan rapatkan barisan kita dan berusaha lebih gigih lagi untuk pastikan PRU (Pilihan Raya Umum) ke-14, BN akan berjaya seterusnya pastikan bumi Malaysia ini terus dipimpin oleh BN,” katanya bersemangat sambil disambut dengan sorakan padu daripada mereka yang hadir.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Ahli UMNO perlu manfaatkan media sosial – Azalina

Setiap ahli UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial sebagai medium berpolitik secara berkesan bagi meraih sokongan rakyat kepada parti.

[VIDEO] Muhyiddin tiada jumlah cukup jadi PM, 10 MP tandatangan dua SD – Ahmad Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah memiliki sokongan akuan bersumpah SD yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri sejurus selepas pilihan raya umum ke-15 pada November 2022.

[VIDEO] Perhimpunan Agung UMNO 2024: Tambat hati generasi GenZ dan milennial yang menilai melalui media sosial

Semua jentera parti dan sayap pergerakan perlu mempunyai operasi elektronik khusus bagi mengurus kecanggihan genZ dan milenial.

[VIDEO] UMNO guna lambang dacing pada PRU16 – Ahmad Zahid

Saya bersetuju dengan pandangan rakan-rakan kepimpinan dan ahli-ahli di akar umbi bahawa dalam pilihan akan datang kita harus menggunakan, tetap menggunakan lambang dacing, lambang Barisan Nasional.

[VIDEO] Sidang Media Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena PAU 2024

Kita mempunyai pelbagai fokus pada kali ini untuk sayap-sayap mereka mempunyai agenda tersendiri bagi memperkukuhkan parti, ini terhasil daripada kemenangan daripada Nenggiri. Semangat membara semula.

[VIDEO] Banjir Chiang Mai makin buruk, gajah mati dihanyutkan air

Banjir teruk melanda Chiang Mai ketika air di Sungai Ping meningkat kepada rekod 5.3 meter semalam 5 Oktober 2024, manakala dua ekor gajah yang dihanyutkan dari sebuah taman perlindungan haiwan ditemui mati

[VIDEO] Pahang negeri ketiga isytihar amalan GISBH sesat, menyeleweng

Pahang merupakan negeri ketiga selepas Perlis dan Selangor mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang dikaitkan dengan kegiatan doktrin ketaasuban agama sebagai menyeleweng dan sesat.

[VIDEO] Tanah runtuh berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap

Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap (FT55) dekat Kuala Kubu Bharu, awal pagi 5 Oktober 2024.

Thailand akan menerapkan sistem tanpa tunai pada tahun 2028, mendahului ASEAN dalam penggunaan pembayaran masa nyata

Thailand bersedia untuk beralih kepada masyarakat tanpa tunai dengan lebih pantas berbanding rakan serantaunya, didorong oleh penerimaan dan transformasi digital negara yang pesat, seperti dalam tinjauan Visa.

‘Seolah-olah kami tidak wujud’: Di sebalik letupan bom di Lubnan, rakyat Amerika berasa dipinggirkan

Karam, seorang warganegara Amerika yang terkandas di Lubnan, berkata dia berasa seolah-olah dia tidak dipedulikan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Pheu Thai memenangi pilihan raya kecil Phitsanulok

Jadet Jantar dari Parti Pheu Thai teras gabungan memenangi pilihan raya kecil di kawasan 1 pada Ahad 15 September 2024, menewaskan satu-satunya lawannya, Nathachanon Chanaburanasak dari People Party.

[VIDEO] Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra

Seorang penunggang motosikal cedera selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Alor Setar-Kangar, Ayer Hitam, dekat Jitra, Isnin 16 September 2024.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Pearly-Thinaah rangkul kejuaraan Terbuka Hong Kong

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah akhirnya menamatkan kemarau penantian kejuaraan dua tahun selepas mendominasi perlawanan final Terbuka Hong Kong selepas menundukkan wakil China Liu Sheng Shu-Tan Ning dengan keputusan 21-14, 21-14, sebentar tadi.

[VIDEO] Pintu sempadan negara sesak, orang ramai ambil peluang cuti ke Thailand

Dua pintu sempadan negara di negeri Kedah mengalami kesesakan luar biasa berikutan peningkatan jumlah kenderaan dari negara ini yang hendak memasuki Thailand sempena cuti sekolah.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: