Video Wacana `Apa Selepas 9 Julai’ Kecoh - pakdin.my

Lebih dua jam wacana `Apa Selepas 9 Julai” berlangsung, ada ketikanya keadaan kecoh.

Semuanya gara-gara sikap tidak beradab kebanyakan yang hadir.

Bila ada soalan mahu pun jawapan tidak memihak kepada mereka dibalas dengan jeritan dan cacian.

Wacana apa selepas 9 Julai

KAMARUDIN AHMAD/PEGUAM
“I just want to know apa selepas 9 Julai. Are you going to hold more unlawful illegal assembly and violate the rule of law? Adakah nak cabul undang-undang? Negara ini ada undang-undang. Kita terima, orang melayu terima, orang cina terima sebagai warganegara Malaysia.”

Soalannya nyata mengundang rasa kurang senang hadirin lain sehinggakan usaha Datuk Wan Ahmad beberapa kali cuba menjelaskan isu yang dibangkitkan, terbantut malah beliau yang terpaksa menenangkan hadiran supaya berinya ruang untuk penjelasan.

DATUK WAN AHMAD WAN OMAR/TIMBALAN PENGERUSI SPR
“Kalau tuan-tuan ingin hadir ke forum wacana macam ini, tuan-tuan kena terbuka, minda kena terbuka. Saya datang ke sini kerana menghormati orang jemput kita. Kalau tuan-tuan tak boleh menghormati saya, tuan-tuan tak layak berbincang pasal politik.”

UTAMABERITAVideo Wacana `Apa Selepas 9 Julai' Kecoh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium