NGO serah memorandum hargai jasa polis kepada SUHAKAM - pakdin.my

KUALA LUMPUR 27 Julai – Dua badan bukan kerajaan hari ini menyerahkan memorandum bagi menghargai jasa baik polis mengawal keadaan semasa perhimpunan haram pada 9 Julai lepas dengan penuh dedikasi kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Ikatan Rakyat Muslim Malaysia (Irimm) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerahkan memorandum itu kepada Pesuruhjaya Suhakam, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid di pejabat suruhanjaya itu di sini.

Setiausaha Agung Irimm, Datuk Thajudeen Mohideen berkata, pihaknya menyerahkan memorandum itu kepada Suhakam bagi menyatakan sokongan badan itu terhadap tindakan polis menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengawal ketenteraman awam.

“Jasa pihak polis semasa bertugas mengawal keadaan berjaya mengekang dari terjadinya perkara yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut.

Beliau berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadap anggota polis bahawa mereka menggunakan kekerasan terhadap peserta perhimpunan haram adalah tidak releven.

“Semasa berlaku demonstrasi, anggota polis bertungkus lumus mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan tugas mereka yang memerlukan mereka bekerja siang dan malam perlu dihargai oleh rakyat,” katanya.

UTAMABERITANGO serah memorandum hargai jasa polis kepada SUHAKAM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium