Ingatan PM – Jangan Anggap Tiada Lagi Ancaman Setelah Negara Merdeka - pakdin.my

Jangan anggap negara sudah merdeka, tiada lagi ancaman.

Sebaliknya, menurut Perdana Menteri, ancaman masa kini bukan semata-mata dalam bentuk ketenteraan tetapi penjajahan minda, semangat dan jati diri.

Justeru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu rakyat sentiasa bersiap-sedia untuk mempertahankan negara daripada sebarang ancaman serta berjuang habis-habisan menentang musuh negara.

Datuk Seri Mohd Najib petang tadi melancarkan kempen kibar jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan, di ibu negara.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota jemaah menteri.

Sebagai menghormati bulan Ramadan serta hari raya Aidil Fitri, kemuncak sambutan hari kebangsaan tahun ini akan diadakan pada Hari Malaysia, 16 September depan.

Menurut Datuk Seri Mohd Najib, semangat kemerdekaan perlu disemarak dengan mengibarkan jalur gemilang sebagai tanda rakyat faham erti kemerdekaan, taat setia dan sayang kepada negara.

Ia juga untuk membuktikan kepada dunia bahawa semua rakyat Malaysia sanggup mempertahankan negara daripada sebarang ancaman.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/PERDANA MENTERI

Ancaman masa kini bukan semata-mata dalam bentuk ketenteraan tetapi penjajahan minda, semangat dan jati diri.

“Kemerdekaan bukan semata-mata kita mengibar jalur gemilang. Erti kemerdekaan ialah dalam hati, lubuk hati kita sebagai rakyat Malaysia apabila kita mengatakan di samping kita mengibar jalur gemilang, kita akan berjuang habis-habisan membawa negara kita ke tahap kejayaan lebih hebat.”

Perdana Menteri turut meminta rakyat menghayati empat prinsip, termasuk menyanjung perpaduan yang menjadi tonggak kestabilan negara, sanggup berjuang dan berkorban demi negara mengutamakan nilai keharmonian dalam mencapai sesuatu tujuan dan akhir sekali, menunjukkan akal dan budi yang baik untuk mencapai wawasan negara.

Pada masa yang sama, Datuk Seri Mohd Najib berikrar, kerajaan komited untuk berjuang habis-habisan bagi menyediakan yang terbaik untuk seluruh rakyat.

UTAMABERITAIngatan PM - Jangan Anggap Tiada Lagi Ancaman Setelah Negara Merdeka

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium