Menurut jurucakap Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), sebanyak 89 pendaki lagi masih hilang dan tidak dapat dikesan.

“Jumlah pendaki keseluruhan ialah sebanyak 195 orang dan kami yakin semuanya selamat.

“Walau bagaimanapun, yang kami risau ialah pendaki ini jatuh ke dalam gaung di gunung terbabit yang kedalamannya lebih 100 meter,” katanya.

Menurut jurucakap itu, pasukan SMART yang akan diketuai oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab dijangka ke Sabah hari ini.