Gempa Sabah : Jumlah Keseluruhan Kematian 19 Orang, Kata Pegawai Penyelamat - pakdin.my

gempa-sabah-gunung-kinabalu-kesan

KUNDASANG: Angka kematian akibat gempa bumi di Gunung Kinabalu kini telah disahkan berjumlah 19 orang dengan 17 mayat telah ditemui pada Sabtu.
Dua daripada mayat mangsa telah dikenalpasti dan ditemui pada Jumaat.

Para pegawai yang terlibat dengan gerakan mencari dan menyelamat itu berkata, mereka tidak menjangkakan lebih banyak mayat akan ditemui berikutan jumlah tersebut merupakan pendaki yang dikenalpasti hilang.

Mayat pertama yang dikenalpasti merupakan seorang jurulatih Robbie Sapinggi , 31, dan pelajar sebuah sekolah rendah dari Singapura berusia 12 tahun, Wee Ying Peony.

Para pegawai memaklumkan, kesemua mayat yang ditemui akan diterbangkan menggunakan helikopter ke Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan sehingga jam 4 petang Sabtu, 13 mayat mangsa telah ditemui manakala selebihnya ditemui selepas itu.

Daripada jumlah itu difahamkan sekurang-kurangnya 10 mayat yang ditemui merupakan pelajar dari Sekolah Rendah Tanjung Keratong Singapura yang sedang dalam ekspedisi mendaki sambil belajar.

UTAMAGempa Sabah : Jumlah Keseluruhan Kematian 19 Orang, Kata Pegawai Penyelamat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium