Gempa Sabah: Jangan Percaya Mesej Tsunami Akan Berlaku - pakdin.my

gempa-sabah-mesej-tsunami-palsu

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan laporan palsu kononnya akan berlaku bencana tsunami di Terengganu dan Pahang yang kini tersebar di laman sosial susulan gempa bumi yang melanda Ranau, Sabah pada Jumaat lalu.

Pengarah Pusat Gempa dan Tsunami, MET Malaysia, Dr Wan Azli Wan Hassan berkata, tidak akan ada kejadian tsunami berlaku terutama di dua negeri berkenaan.

“Laporan yang tersebar itu adalah palsu. Kejadian gempa bumi di Sabah itu berlaku di daratan berukuran 5.9 pada skala Richter.

“Ia hanya akan disusuli kejadian gempa bumi yang kecil iaitu berukuran antara 2.3 pada skala Richter,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, petang tadi.

Menurutnya, Kejadian tsunami hanya akan berlaku sekiranya ada gempa bumi di kawasan lautan dengan ukuran 6.5 pada skala Richter dan ke atas.

“Jangkaan akan berlakunya tsunami itu sama sekali tidak benar dan palsu. Jika ada amaran kejadian itu pihak MET Malaysia akan segera memaklumkan perkara itu kepada semua pihak selain memuat naik status amaran itu di laman sosial agensi berkenaan,” katanya.

Katanya, dia turut meminta kepada mana-mana pihak supaya tidak terus menyebarkan perkara seperti ini yang dikhuatiri hanya akan menimbukan keadaan panik kepada masayarakat di negara ini terutama penduduk Sabah.

“Orang ramai boleh melayari laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) serta menghubungi pusat operasi kami bagi mendapatkan perkembangan lanjut,” katanya.

UTAMAGempa Sabah: Jangan Percaya Mesej Tsunami Akan Berlaku

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium