UtamaPOLITIKGuan Eng Cabar Wakil...

Guan Eng Cabar Wakil PAS Segera Letak Jawatan Dalam Kerajaan Pulau Pinang - pakdin.my

LIMGUANENG-pas

Mencabar kepimpinan baharu PAS, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meneruskan desakan dengan meminta wakil-wakil parti PAS meletakkan semua jawatan yang disandang dalam kerajaan negeri.

“Hanya dengan tindakan sedemikian (meletak jawatan) baru menunjukkan mereka (PAS) bermaruah.

“Sekarang ini, (sudah) jadi soal maruah kepimpinan baru PAS. Bukan maruah ahli-ahli PAS (tetapi) maruah kepimpinan baru PAS,”cabar Guan Eng.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dengan nada angkuh meminta semua wakil PAS akur dengan corak pemerintahan.

“Saya Ketua Menteri Pulau Pinang. Mereka (wakil PAS) kena berkhidmat atas arahan kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri.

“Kalau telah putuskan hubungan dengan DAP. Saya adalah Setiausaha Agung DAP.

“Saya harap mereka faham. Macam mana boleh berkhidmat di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang, Ketua Menteri Pulau Pinang apabila mereka putuskan hubungan dengan saya.

“Itulah sebabnya, mereka harus berani buat tindakan susulan dengan meminta wakil-wakil PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang meletak jawatan,”katanya lagi.

Pada Sabtu,bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika berucap di Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 membuat sindiran pedas terhadap kepimpinan ulama dan seterusnya mengumumkan peletakan jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Mohamad Sabu yang dikenali sebagai Mat Sabu telah dilabel sebagai calon pro DAP hingga beliau tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS.

“Lawan kita UMNO/BN. DAP tu jangan bimbang, dia kecil je. Kita lutut dia, kita siku dia, dia jatuh kita karate dia.

“(kemudian) Kita baca tahlil untuk dia. Sebab tahun lepas kita baca doa laknat. Tahun ini kita baca doa arwah. Sebab parti itu (DAP) tak berguna kepada kita.

“Daripada usul ulama yang diluluskan tanpa bahas. Ertinya usul telah putuslah dengan DAP. Oleh itu memenuhi hasrat usul itu, saya memulakan terhadap diri saya, minggu ini, saya akan letaklah jawatan-jawatan saya di Pulau Pinang, iaitu Lembaga Pengarah (Bekalan) Air dan Lembaga Halal Hub.

“Ini saya mulakan terhadap diri saya kerana saya mematuhi resolusi ulama. Tak patutlah lawan ulama. Maka, saya mulakan dengan diri saya (dan boleh) diikuti rakan-rakan lain di Pulau Pinang dan Selangor. Jangan bimbang, Kita (PAS) akan kuat bila kita berseorangan,”kata Mat Sabu.

Semalam, Malaysiakini melaporkan, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa juga turut mengikut jejak Mat Sabu.

Mujahid juga disebut calon pro DAP yang tewas dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengesahkan beliau akan mengosongkan semua jawatannya dalam kerajaan negeri, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

“Ya, semua jawatan rasmi,” katanya ketika ditanya sama ada beliau benar-benar mengambil keputusan itu.

Mujahid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang adalah penyandang jawatan anggota lembaga Yayasan Islam Pulau Pinang dan ahli lembaga pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang, bawah kelolaan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Katanya langkah itu diambil selari dengan keputusan muktamar dan berharap pemimpin lain mempunyai semangat sama.

“Saya letak jawatan kerana saya dilantik atas kapasiti parti,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataannya awal malam ini, Mujahid berkata usul dalam muktamar baru-baru ini bermaksud PAS sudah hilang kepercayaan kepada Pakatan.

“Sebagai memenuhi keputusan muktamar yang merupakan keputusan tertinggi parti adalah bermaruah saya melepaskan jawatan yang dilantik atas kapasiti parti,” katanya,

“Semoga keputusan ini memberi semangat kepada rakan-rakan lain yang terlantik atas kapasiti parti PAS sebagai salah satu anggota kerajaan Pakatan untuk melepaskan jawatan bagi memelihara maruah parti yang disayangi dan terhormat.”

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...