Gempa Sabah: Malim Ingin Jumpa Budak Yang Diselamatkan - pakdin.my

gempa-sabah-malim-dukung-budak

KUNDASANG: Malim gunung, Mhd Rizuan Kauhinin berharap untuk bertemu semula dengan kanak-kanak lelaki yang diselamatkannya selepas kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu pada Jumaat lalu.

“Saya hanya ingin tahu keadaannya. Saya tidak begitu ingat wajahnya tetapi saya cuma ingin tahu bahawa dia selamat,” kata Mhd Rizuan yang sibuk menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) sehingga awal pagi Isnin.

Beliau berkata tidak menyedari gambarnya mendukung kanak-kanak yang cedera itu dibelakangnya, menjadi viral di media sosial.

Malah, gambar tersebut menyebabkan pengguna media sosial mengangkatnya sebagai seorang wira.

Gambar tersebut turut menjadi ilham kepada pelukis, Razie Alfiedan yang menjual lukisan itu untuk tujuan kebajikan.

Ketika ditunjukkan lakaran tersebut, Mhd Rizuan terpegun dengan hasil seni Razie.

Beliau yang juga berasal dari Kampung Lembah Permai yang terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu memberitahu bahawa tidak tahu untuk menggambarkan perasaannya apabila diangkat sebagai seorang wira.

“Saya bukan orang yang terkenal. Apa yang saya lakukan ialah dengan ikhlas dan bukan untuk popular. Saya benar-benar ingin membantu. Apa yang penting ketika itu ialah membawa budak itu ke tempat selamat,” katanya.

Ibu kepada kanak-kanak lelaki tersebut yang menggunakan nama ‘Sabrena El Huda’ di laman Facebook, mengenal pasti anaknya dan tidak mendedahkan nama anaknya itu.

Mhd Rizuan berkata dia dan beberapa malim gunung yang lain menjumpai kanak-kanak tersebut yang sedang menahan kesakitan di sekitar KM4.4 laluan denai hutan.

“Kanak-kanak itu tidak dapat bergerak kerana cedera di belakang. Kami beri dia makanan dan air.

“Saya dukung dia di belakang untuk membawakan turun,” katanya.

Menurut Rizuan, kanak-kanak tersebut kesakitan sehingga menyebabkan mereka berhenti beberapa kali.

“Dia sering meraung kesakitan kerana tidak tahan sakit. Kami terpaksa berhenti banyak kali, namun saya cuba sedaya upaya untuk bawa dia secepat mungkin ke Kabin Layang-Layang.

gempa-sabah-malim-dukung-budak-2

“Di Kabin Layang-Layang, kami memindahkan kanak-kanak itu ke dalam pengusung,” katanya.
Di Timpohan Gate, kanak-kanak itu dibawa menggunakan ambulans.

Mhd Rizuan, yang sudah lima tahun bertugas sebagai malim gunung berkata adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membantu mereka yang berdepan kesusahan.

gempa-sabah-najib-malim-gunung-600px

UTAMAGempa Sabah: Malim Ingin Jumpa Budak Yang Diselamatkan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium