Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaGAYA HIDUPAGAMAPengurusan Berpuasa Pesakit Diabetes

Pengurusan Berpuasa Pesakit Diabetes - pakdin.my

jenis2 diabetes

Ramadan akan menjelang beberapa hari sahaja lagi. Bagi umat Islam, ramai yang telah mempersiapkan diri secara fizikal dan mental.

Bagaimanapun bagi penghidap kencing manis beragama Islam, pembatasan pengambilan makanan dan minuman itu boleh menjejaskan kesihatan.

Mereka berisiko mengalami komplikasi seperti hipoglisemia (kandungan gula terlalu rendah), hiperglisemia (kandungan gula terlalu tinggi) dan dehidrasi meningkat apabila berpuasa. Meskipun dikecualikan daripada berpuasa, masih ramai pesakit kencing manis yang mahu menunaikan rukun Islam ketiga itu.

Oleh sebab itu Presiden Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS) Prof Nor Azmi Kamaruddin berkata pesakit diabetes Islam perlu membuat beberapa penyelarasan atau ‘adjustment’ sebagai persediaan menghadapi bulan puasa.

FISIOLOGI TUBUH BERUBAH KETIKA BERPUASA

Apabila seseorang menahan diri daripada makan dan minum, perubahan fisiologi tertentu akan berlaku. Perubahan yang berlaku dalam tubuh sebagai tindak balas terhadap aktiviti berpuasa bergantung kepada tempoh berpuasa.

“Tubuh anda akan memasuki fasa berpuasa lebih kurang lapan jam setelah anda menikmati hidangan terakhir, apabila usus anda telah selesai menyerap semua nutrisi daripada makanan yang anda ambil.

“Ringkasnya, tubuh anda akan mula mengguna sumber glukosa yang tersimpan (gula darah) untuk menjana tenaga, dan pada peringkat selanjutnya dalam tempoh berpuasa akan mula menguraikan lemak tubuh anda sebagai sumber tenaga yang seterusnya,” jelas Dr Nor Azmi.

Beliau berkata pesakit kencing manis menghadapi pelbagai cabaran walaupun ketika berada dalam situasi yang optimum, apatah lagi apabila terpaksa berhadapan dengan situasi yang menuntut lebih daripada kemampuan tubuh mereka.

Kajian Epidemiologi Kencing Manis dan Ramadan (EPIDIAR) menunjukkan peningkatan sebanyak 7.5 kali ganda kemasukan ke hospital bagi pesakit kencing manis jenis dua akibat hipoglisemia yang teruk.

Satu kajian tempatan turut menyatakan bahawa kadar hipoglisemia adalah 1.6 kali lebih tinggi semasa tempoh berpuasa berbanding tempoh tidak berpuasa.

Sementara itu daripada kajian EPIDIAR yang sama, didapati peningkatan sebanyak lima kali ganda akibat daripada hiperglisemia yang teruk, sehingga memerlukan pesakit kencing manis jenis dua dimasukkan ke hospital. Ini mungkin terjadi kerana kesan ubatan yang semakin berkurangan untuk mengawal keadaan itu.

“Sama ada didiagnosis dengan kencing manis jenis satu atau jenis dua, adalah penting bagi pesakit untuk mendapatkan nasihat perubatan sekiranya mereka ingin meneruskan hasrat untuk berpuasa pada bulan Ramadan.

“Ini adalah bagi membolehkan pesakit memahami kaedah bagaimana untuk berpuasa dengan selamat dalam tempoh ibadah yang panjang ini, atau mengetahui kesesuaian berpuasa untuk pesakit bagi kes-kes yang tertentu,” jelas Dr Nor Azmi lagi.

PERSEDIAAN SEBELUM PUASA

Sementara itu, Perunding Endokrinologis Hospital Putrajaya, Dr Masni Mohamad berkata terdapat keperluan untuk mendidik pesakit dan doktor mengenai kaedah pengurusan kencing manis ketika bulan Ramadan bagi mengurangkan komplikasi.

“Umat Islam yang menghidap kencing manis dan ingin meneruskan rukun ibadah dalam bulan Ramadan masih boleh berbuat demikian, tetapi adalah amat penting bagi mereka untuk menerima nasihat dan mengetahui sepenuhnya kaedah untuk berpuasa dengan selamat,” jelasnya.

Beliau berkata Ramadan membuka peluang keemasan bagi pesakit kencing manis untuk menangani keadaan diri mereka dengan lebih baik, bukan sahaja pada bulan tersebut bahkan untuk sepanjang hayat mereka.

Namun mereka haruslah berjumpa doktor beberapa minggu sebelum Ramadan untuk berbincang dan bersiap sedia bagi menghadapi bulan puasa.

Meluangkan masa untuk bertemu doktor akan dapat mengurangkan perasaan tidak selesa akibat daripada kesan sampingan yang mungkin dialami, selain memberi ketenangan fikiran kerana mengetahui bahawa mereka boleh berpuasa dengan selamat.

Bagi doktor pula adalah penting untuk menasihatkan pesakit mengenai risiko hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi dan cara bagaimana untuk mengenal pasti simptomnya serta bila perlu berhenti berpuasa.

“Nasihat lain yang berguna turut meliputi pelaksanaan aktiviti fizikal dan penyesuaian jadual pengambilan ubat,” tambah Dr Masni.

PANDUAN SEMASA RAMADAN

Berikutan peningkatan bilangan kemasukan ke hospital pada bulan Ramadan bagi kes kecemasan akibat kencing manis, Kementerian Kesihatan dan MEMS dengan sokongan syarikat perubatan Novartis, telah bekerjasama untuk menerbitkan panduan praktikal bagi menguruskan penyakit kencing manis semasa bulan Ramadan.

Objektif utama usaha ini adalah untuk menyediakan struktur rangka kerja yang akan membolehkan doktor memberi nasihat kepada pesakit mengenai kaedah terbaik yang dapat mereka amalkan bagi mengurus diri dan mengurangkan komplikasi pada bulan Ramadan.

Perunding Endokrinologis Hospital Putrajaya Dr. Zanariah Hussein berkata panduan itu akan diedarkan kepada semua pakar perubatan yang berkaitan.

“Kami mahu mencapai satu kemajuan dalam pengurusan diabetis semasa bulan Ramadan, yang seterusnya dapat mengurangkan kemasukan ke hospital berhubung kes-kes kecemasan diabetis semasa bulan Ramadan.

“Ini akan memberi isyarat jelas bahawa pesakit menerima dengan baik nasihat dan mengambil langkah-langkah agar mereka dapat melaksanakan ibadah dengan lebih tenang,” ulas Dr Zanariah.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Tiga orang ditembak mati

Polis berkata lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan secara rambang kawasan itu, menyebabkan dua orang maut dan dua lagi cedera, sebelum berlindung di sebuah rumah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162654

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor

“Maka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Jan 2023. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490