Banjir Kelantan: Kerajaan Pusat beli tanah individu bina rumah mangsa - pakdin.my

rumah-kekal-mangsa-banjir-kelantan-tanah

“Kita minta bantuan kerajaan Negeri dari segi ubah syarat tanah dan proses dokumentasi lain yang berkaitan dengan pembelian tanah berkenaan supaya rumah kekal untuk mengsa banjir dapat dibina segera”.

Ini kerana Kerajaan Persekutuan kata Pengerusi Jawatankuasa Bersama Banjir Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed sedang mengenal pasti beberapa bidang tanah milik individu untuk dibeli dan dijadikan tapak pembinaan rumah kekal mangsa banjir di Kelantan.

Menurutnya, Kerajan Persekutuan memutuskan untuk membeli tanah milik individu kerana tanah yang disediakan kerajaan negeri tidak mencukupi atau tidak sesuai bagi pembinaan rumah untuk mangsa banjir.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pihaknya telah mengenal pasti tanah  milik individu seluas 2.4 hektar di Pria, Manjor (2.8 hektar), Kemubu (3.6 hektar) dan Dabong (3.6 hektar), yang kesemuanya dalam jajahan Kuala Krai.

Untuk rekod, sejumlah 1,827 rumah musnah akibat banjir besar di Kelantan Disember tahun lalu.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan katanya, akan menyediakan kos bagi pembinaan rumah kekal serta infrastruktur lain seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik di tapak rumah seluas 12 hektar yang disediakan oleh kerajaan negeri seperti di Telekong,

UTAMABanjir Kelantan: Kerajaan Pusat beli tanah individu bina rumah mangsa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium