Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Pemergian Allahyarham Tan Sri Omardin Mauju: Saya kehilangan sahabat yang karib – Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak turut menziarahi dan sempat turut serta solat jenazah ke atas Allahyarham Tan Sri Omardin Mauju selepas solat Zohor di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin di Taman Sunway, Batu Caves, petang tadi.

“Sepanjang mengenali allahyarham sejak sekian lama dan saya anggap ia satu kehilangan yang amat sukar diganti dalam kepimpinan Seni Silat Lincah.

Secara peribadi saya kehilangan seorang sahabat yang karib pada diri saya dan saya amat menghargai apa yang telah allahyarham lakukan atas nama agama dan atas nama bangsa Melayu,” kata Najib kepada media selepas itu.

Jenazah Allahyarham kemudiannya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Puah.

Sebelum itu, Perdana Menteri tiba di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin jam 2 petang untuk  memberi penghormatan terakhir kepada Pendekar Negara yang meninggal dunia di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur, jam 3.20 pagi tadi akibat kegagalan buah pinggang.

Hadir sama mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Exit mobile version