Peneroka FELDA terima dividen FGV, duit raya RM900 - pakdin.my

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengadakan lawatan ke Projek Perumahan Generasi Baru, Felda Pasoh 1, Jelebu, Negeri Sembilan dah program Ihya Rahmat Ramadan Warga Felda. Turut bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengadakan lawatan ke Projek Perumahan Generasi Baru, Felda Pasoh 1, Jelebu, Negeri Sembilan dah program Ihya Rahmat Ramadan Warga Felda. Turut bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

JELEBU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pembayaran dividen pelaburan FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) serta duit raya berjumlah RM900 bagi setiap peneroka di seluruh negara.

Pembayaran dividen itu membabitkan dividen awal sebanyak 6 sen sesaham dan dividen akhir sebanyak 4 sen sesaham bernilai RM600 bagi setiap peneroka, manakala duit raya bernilai RM300.

Dividen yang keseluruhannya bernilai RM59.2 juta dan duit raya (RM29.6 juta) itu akan dibayar kepada 98,688 peneroka yang layak mulai 13 Julai ini.

Najib membuat pengumuman itu ketika berucap pada Program Ihya Rahmat Ramadan Warga Felda bersama Perdana Menteri peringkat Kebangsaan 2015 di FELDA Pasoh 4, di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri yang tiba di sini pada jam 5.30 petang, melawat Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA di FELDA Pasoh 1, yang baru siap dibina.

Rombongan Perdana Menteri kemudian menuju ke Padang Awam FELDA Pasoh 4 untuk majlis PRRWF yang dimulakan dengan majlis berbuka puasa sebelum disusuli solat Tarawih.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang juga Ahli Parlimen Jempol serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Jalaluddin Alias, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri.

UTAMAPeneroka FELDA terima dividen FGV, duit raya RM900

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium