Nik Abduh anggap tuduhan terhadap Najib satu konspirasi politik - pakdin.my

*** Kalau ada yang kata “semua pemimpin PAS di perguna menyokong Perdana Menteri….”,
… Adalah lebih baik sokongan ikhlas mereka dari mempergunakan media asing memburukkan negara.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Selepas beberapa pemimpin tertinggi PAS mempertahankan Perdana Menteri dalam isu 1MDB sejak beberapa hari lalu, terbaru Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Nik Abduh Nik pula membuat penegasan yang sama.

Bagi Ketua Pemuda PAS itu, pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) itu adalah satu konspirasi politik.

“PAS kekal menjunjung prinsip kebenaran dan amanah serta menolak fitnah dan provokasi melampau,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau mengingatkan rakyat berhati-hati dengan perangkap konspirasi politik yang mungkin dilakukan pihak luar dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata beliau, jika benar tuduhan menyeleweng dana 1MDB berbilion ringgit yang dilemparkan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia satu keaiban kepada negara.

“Sebaliknya jika ia tuduhan palsu, maka negara akan terperangkap dalam suatu konspirasi politik yang melibatkan pemain luar yang pastinya mempunyai agenda dan kepentingan politik dan ekonomi.

Selain itu pihaknya meminta semua pihak membuat persediaan menghadapi gelombang baru politik dengan mengambil kira beberapa cabaran yang berlaku dalam beberapa parti politik hari ini termasuk PAS.

“Seluruh kepimpinan Pemuda PAS di setiap peringkat wajar bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang tidak mustahil akan berlaku,” katanya.

 

UTAMAEDITORIAL1MDBNik Abduh anggap tuduhan terhadap Najib satu konspirasi politik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium