Masjid Di Papua Dibakar Ketika Solat Aidilfitri – Kronologinya - pakdin.my

Kita disini bergembira sambut hari raya, sementara umat Islam di Papua berdukacita akibat amukan kumpulan perusuh. Doakan semuga Allah SWT melindungi mereka.

rushan-muslim-kristian-papua-indonesia

Hari Raya Aidilfitri adalah hari bahagia bagi Umat Islam seluruh dunia. Namun kebahagiaan itu tak dirasai dengan khusyuk oleh Umat Islam di Karubaga Kabupaten Tolikara Papua yang juga ikut merayakan Hari Raya Aidilfitri hari ini, Jumaat(17/7/2015).

Berikut adalah info mengenai Masjid yang Dibakar yang diterima dari sumber di Papua. Sebelum kami posting kami sudah klarifikasi ke sumber untuk kesahhan data.

Masjid Di Papua Dibakar

– Saat Umat Islam di Tolikara Papua menjalankan solat Aidilfitri, tiba-tiba kumpulan perusuh melempar jamaah disaat Takbir ke-7 dan seterusnya masjid dibakar.

– Masjid diserbu dan dibakar orang dari kawasan sekitar.

– kumpulan perusuh yang disebut dari GIDI Papua (Gereja Injil Di Indonesia) menyerbu dan membakar masjid karena hari ini (Aidilfitri) mereka juga ada upacara.

– Sehari sebelumnya GIDI sudah mengeluarkan SURAT PERINGATAN agara Umat Islam TIDAK BERTAKBIR DAN TIDAK MENJALANKAN solat AIDILFITRI dan DILARANG PAKAI JILBAB BAGI MUSLIMAT.

Surat dari GIDI

– Muslim dilarang solat Aidilfitri karena kata mereka hari ini adalah Hari Jesus. Ada misionaris Luar Negera berada disana untuk adakan upacara GIDI hari ini.

– Setelah masjid dibakar, berlanjutan ke rumah dan kios-kios pasar milik umat Islam. Barang-barang dicuri.

– 10 orang cedera terbakar.


Ketika Imam Takbir Pertama, Sekelompok Perusuh membaling kearah Musala di Tolikara

Tolikara: Kekacauan berlaku ketika solat Aidilfitri 1436 Hijrah di Kabupaten Tolikara, Papua. Sebuah mushala dibaling dan dibakar. Masyarakat setempat menjadi ketakutan.

Kejadian berlaku pada jam 07.00 WIT, ketika umat Islam sedang melaksanakan solat Aidilfitri di halaman Koramil ketika imam mengucapkan takbir pertama, tiba-tiba beberapa orang mendekati dan mengganggu jemaah.

Jemaah bertempiaran menyelamatkan diri ke markas Koramil. Sejam kemudian, perusuh itu membaling Musala Baitul Mutaqin terletak berhampiran lokasi kejadian. Mereka juga membakar rumah ibadah tersebut. Selain musala, enam rumah dan sebelas kios menjadi sasaran amukan perusuh itu.

Pihak polis dan tentera berkawal di sekitar lokasi kejadian. Anggota pencegah rusuhan berada disitu bagi mengelak kejadian berlarutan. Punca kejadian masih dalam siasatan. Belum ada pula maklumat rasmi.

UTAMADUNIAMasjid Di Papua Dibakar Ketika Solat Aidilfitri - Kronologinya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium