Amalkan politik berfakta - pakdin.my

husni-hanzlah

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meminta ahli politik supaya mengamalkan politik berfakta supaya kesejahteraan hidup masyarakat negara terus terjamin.

Demi menjamin hidup rakyat yang lebih harmoni, beliau berkata ahli politik perlu mengetepikan politik kebencian dan perkauman.

“Budaya politik di negara kita sangat berbeza daripada negara lain yang politik hanya berlaku ketika pilihan raya… tetapi di Malaysia, ia berlaku sepanjang masa, sepanjang tahun.

“Akibatnya, beberapa ahli politik memainkan isu perkauman dan kebencian serta serangan peribadi yang membangkitkan kebencian dalam kalangan rakyat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Anggota Parlimen Tambun sempena Aidilfitri di kediamannya, yang dihadiri kira-kira 10,000 tetamu.

Sehubungan itu, beliau meminta ahli politik supaya mengamalkan politik berfakta hanya pada pilihan raya.

“Selepas tamat (pilihan raya), kita tumpukan pula kepada isu pembangunan… jika ada pandangan yang berbeza, ia boleh dibentangkan dan bukan dengan mencari kesalahan pemerintah sahaja,” katanya.

UTAMAPOLITIKAmalkan politik berfakta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium