back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    1MDB: Pengarah Syarikat Direman

    SEORANG pengarah sebuah syarikat swasta direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini

    Seorang pengarah sebuah syarikat swasta direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

    Difahamkan, suspek berumur 39 tahun itu, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam oleh Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB.

    Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, anak guamnya ditahan reman selama empat hari berkaitan isu berkepentingan nasional.

    “Mereka memohon untuk direman tujuh hari tetapi majistret membenarkan empat hari sahaja,” katanya.

    Difahamkan, penahanan itu bagi membantu siasatan kes 1MDB.

    Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Lau Eric di Mahkamah Majistret Putrajaya sebentar tadi.

    Sebelum ini, Peguam Negara, Abdul Tan Sri Abdul Gani Patail; Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed mengumumkan pembentukan Pasukan Petugas Khas itu untuk menyiasat isu berhubung 1MDB.

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Send this to a friend