"The Edge Boleh Pertahan Apa Sahaja" – KPN - pakdin.my

1mdb_Ho Kay Tat_theedge

Akhbar The Edge  boleh mempertahankan laporan dan artikelnya  berhubung firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata, bagaimanapun siasatan terhadap akhbar kewangan itu tetap akan dilakukan melalui kepakaran anggota pasukan petugas khas yang mengendalikan siasatan terhadap 1MDB.

“Mereka boleh mempertahankan apa-apa sahaja.

“Mereka ada pakar, kita ada pakar juga. Dia punya pakar tengok benda lain, kita punya pakar tengok benda lain,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Polis Bantuan Koperasi Polis di i-City, di sini, Rabu.

Beliau mengulas kenyataan dalam catatan editorial akhbar tersebut pada Selasa yang mempertahankan apa yang disiarkannya berkaitan Jho Low dan 1MDB, serta menyatakan kesediaan untuk ke mahkamah bagi mempertahankan artikelnya.

Khalid yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu bagaimanapun mengesahkan telah menerima dokumen-dokumen berkaitan usahasama 1MDB dengan PetroSaudi International daripada The Edge.

“Ya dokumen-dokumen itu telah diterima oleh pegawai saya di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) bagi pihak pasukan petugas khas.

“Pasukan petugas khas akan mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengenai progres siasatan 1MDB, saya tak mahu mengulasnya,” katanya.

Khalid berkata, walaupun beliau adalah salah seorang daripada pegawai tertinggi pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB, beliau bukan ‘jurucakap’ kepada pasukan berkenaan.

Sama ada akhbar itu akan dikenakan sebarang tindakan, kata Khalid, ia juga akan ditentukan pasukan petugas khas.

Pada Selasa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan penerbit The Edge, Ho Kay Tat telah memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung pemilikan dokumen berkaitan dengan 1MDB.
Kay Tat berkata, The Edge memiliki dokumen-dokumen berkaitan dengan usahasama 1MDB dengan PetroSaudi International selepas mengadakan pertemuan dengan ‘seseorang’ yang sedia memberi penerangan berhubung perkara itu awal tahun ini.
Katanya, kesemua dokumen itu telah diserahkan kepada Bank Negara dan JSJK bagi membantu siasatan mereka.
“Individu ini menunjukkan kami beribu-ribu emel dan lampiran dokumen. Kami membaca kesemuanya dan kesahihannya diyakini kerana jumlahnya yang besar dan kemasukan emel.
“Kami mempunyai seorang pakar forensik IT (teknologi maklumat) yang mengesahkan bahawa tiada sebab untuk bimbang bahawa kesemuanya adalah palsu.
“Apa yang dibaca mengejutkan kami. Apa yang sepatutnya menjadi usahasama bagi membawa manfaat dari segi ekonomi kepada negara tidak lebih daripada satu skim penipuan berbilion ringgit dari Malaysia oleh kumpulan kecil rakyat Malaysia bersama rakan asing mereka,” kata Kay Tat.

Sebelum ini, 1MDB menyelar The Edge kerana didakwa menyiarkan ‘laporan yang tidak bertanggungjawab.

Pada 29 Jun, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada The Edge berhubung laporannya mengenai 1MDB.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong perlu bertanggungjawab berhubung laporan tidak tepat berkaitan 1MDB.

UTAMAEDITORIAL1MDB"The Edge Boleh Pertahan Apa Sahaja" - KPN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium