Wakil Rakyat PAS Yang Lompat Parti Perlu Kosongkan Kerusi – PAS Selangor - pakdin.my

baiah-talak-3-pas2-600

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Parlimen dari PAS yang berhasrat meninggalkan parti bagi menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi terlebih dahulu, kata Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman.

Beliau berkata ini kerana kerusi berkenaan ditandingi dan dimenangi atas tiket PAS.

“Mengapa terlalu lama untuk isytiharkan diri keluar dari PAS?. Kenapa perlu berselindung?,” katanya dalam kenyataan mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang menyebut tiga wakil rakyat Selangor dikatakan menjadi sebahagian daripada GHB.

ADUN Morib, Hasnul Baharuddin; ADUN Hulu Klang, Saari Sungib; dan Anggota Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, dilapor berkata mereka adalah sebahagian dari GHB yang diuar-uar akan menggantikan PAS dalam Pakatan Pembangkang.

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu minggu lepas mengumumkan penubuhan GHB yang terdiri daripada pemimpin kanan PAS yang gagal dalam pemilihan parti bulan lepas.

GHB yang telah mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti politik, dilihat sebagai pengganti PAS dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat selepas DAP dan PAS memutuskan hubungan. Rakan kongsi ketiga dalam Pakatan Rakyat ialah PKR.

Mohd Khairuddin yang juga ADUN Paya Jaras berkata PAS Selangor menyerahkan sepenuhnya kepada PAS pusat berhubung tindakan yang bakal diambil terhadap wakil rakyat parti itu yang berpaling tadah.

 

 

UTAMAPOLITIKWakil Rakyat PAS Yang Lompat Parti Perlu Kosongkan Kerusi - PAS Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium