Ibu didakwa bunuh anak berusia 3 tahun selepas menendangnya di pagi Aidilfitri - pakdin.my

bunuh-anak-pagi-raya

Seorang ibu berusia 26 tahun yang dipercayai menendang anak kandungnya yang berusia tiga tahun sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu pada Aidilfitri lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang dekat sini hari ini.

Nor Nazierah Rahmat didakwa membunuh anak sulungnya, Nur Umairah Zainol Abdullah di rumah mereka di B3-414, Flat Sri Inang, Jalan Sri Inang, Balakong, Kajang dekat sini antara pukul 11 pagi, 17 Julai dan 5 pagi, keesokan harinya.

Timbalan Pendakwa Raya, S. Abirami mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya. Tiada pengakuan direkodkan daripada wanita itu.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 23 September ini untuk mendapatkan laporan bedah siasat.

UTAMABERITAIbu didakwa bunuh anak berusia 3 tahun selepas menendangnya di pagi Aidilfitri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium