Kerajaan Pulau Pinang Harap Kementerian Pengangkutan Bantu Tarik Semula Kedatangan Kapal Star Cruises Akibat Kedegilan Kerajaan Negeri Sebelum Ini - pakdin.my

star-cruise-penang

Kerajaan negeri Pulau Pinang berharap Kementerian Pengangkutan (MOT) memainkan peranannya untuk menarik semula kedatangan kapal Star Cruises ke Terminal Kapal Persiaran Antarabangsa Jeti Swettenham di sini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata keputusan kapal itu untuk tidak lagi berlabuh di Jeti Swettenham menjejaskan perniagaan dan pendapatan peniaga yang beroperasi berhampirannya.

“Kami berharap MOT akan bertindak segera kerana ia memberi kesan besar terhadap sektor pelancongan Pulau Pinang memandangkan kapal berkenaan membawa beribu-ribu pelancong,” katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Laporan sebelum ini menyebut kerajaan Pulau Pinang enggan mengeluarkan hak milik tanah kepada MOT bagi Terminal Kapal Persiaran Antarabangsa Jeti Swettenham kerana ia tidak mahu kemudahan itu menerima nasib seperti yang dialami Tanjong City Marina berhampirannya.

Keputusan kerajaan negeri itu menghalang usaha untuk memperbesarkan terminal berkenaan dan menyebabkan Star Cruises menukar pelabuhan utama bagi kapal induknya, Superstar Libra, ke Xiamen, China.

Lim juga meminta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyelesaikan perkara itu secara baik bagi memastikan kapal persiaran berkenaan terus berlabuh di jeti tersebut.

Superstar Libra menjadikan Pelabuhan Pulau Pinang tempat persinggahannya selama lima tahun iaitu sejak 2010, tetapi penyedia perkhidmatan kapal persiaran itu, Genting Hong Kong Ltd, menghentikan pelayaran mingguan kapal berkenaan mulai 15 Julai lepas dan kapal itu memulakan pelayarannya dari pelabuhan utamanya di China pada 18 Julai.

Pengusaha syarikat itu dilaporkan bertindak demikian kerana tertarik dengan keistimewaan dan insentif yang ditawarkan oleh kerajaan China.

UTAMAPOLITIKKerajaan Pulau Pinang Harap Kementerian Pengangkutan Bantu Tarik Semula Kedatangan Kapal Star...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium