Puting beliung 10 minit rosakkan 100 rumah peneroka Felda Gedangsa

ribut-gedangsa-5

Baru dua bulan berpindah ke rumah pusaka selepas bersara, Md. Din Mohammad hanya mampu pasrah dan menganggapnya sebagai dugaan apabila bumbung rumah itu diterbangkan ribut petang semalam.

Pesara polis berusia 60 tahun itu berkata, dia yang lega selepas dapat berpindah ke rumah asalnya di Felda Gedangsa di sini selepas 38 tahun berkhidmat, mengakui sedikit tertekan dengan kejadian itu.

“Bukan setakat bumbung sahaja terbang, habis semua perabot basah dan rosak, tapi tak apalah, benda-benda macam ini siapa pun tak boleh jangka,” katanya dengan air mata bergenang ketika ditemui Bernama di rumah pusaka tinggalan ibu bapanya sejak 1964 itu di felda itu hari ini.

Anggaran 100 rumah peneroka Felda Gedangsa, kira-kira 30 kilometer dari pekan Tanjung Malim, Perak rosak dilanda ribut puting beliung kira-kira 15 minit itu yang bermula dengan hujan lebat dari 5.30 petang yang berterusan sehingga 7 malam.

Bumbung rumah pusaka pesara polis itu sedang dibaiki dan menurutnya beliau terpaksa mendahulukan duitnya sebelum tuntutan insurans diselesaikan dan menambah bumbung rumahnya telah dibaiki lima tahun lepas.

Md. Din yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Shah Alam sebelum bersara berulang alik dari berek polis di Shah Alam ke rumah pusakanya yang didiami isteri, tiga anak, enam cucu dan bapa mentuanya yang uzur.

Shamsuddin Johari, pengerusi Kampung Tengah yang merupakan sebuah kampung dalam Felda Gedangsa, berkata beliau melihat lebih daripada satu puting beliung yang melanda.

“Ia tak lama pun, sekejap sahaja, cuma dalam 10 minit, tapi dahsyatlah, sampai 10 pasu pokok bunga rumah saya pun terbalik, pokok durian boleh patah, bumbung rumah peneroka pun banyak tercabut,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang separuh bumbung rumah pusakanya diterbangkan ribut, Madi Salleh, 47, berkata, sekurang-kurangnya seminggu diperlukan untuk membaiki bumbung rumahnya.

“Rumah ini dikongsi saya dan adik beradik yang lain, kami balik sini pun hari minggu, tapi lepas diberitahu kejadian semalam, saya terus bergegas balik,” katanya.

Pengurus Felda Gedangsa, Mokhtauddin Ismail berkata, setakat hari ini, 72 rumah dilaporkan rosak dengan 24 daripadanya disifatkan serius dan setiap satu memerlukan kos pembaikan sehingga RM10,000.

Beliau menganggarkan kira-kira 100 daripada 581 rumah di Felda tersebut mengalami kerosakan daripada kejadian terburuk pernah direkodkan setakat ini.

“Untuk peneroka-peneroka terlibat, kita akan membantu menfailkan tuntutan insurans di bawah Skim Insurans Rumah Peneroka secepat mungkin, dalam sehari dua ini kita akan terus hantar ke ibu pejabat Felda untuk kelulusan mereka,” katanya.

Beliau juga bersyukur tiada kemalangan jiwa dalam kejadian ribut itu.

Kategori:

MENARIK

BERKAITAN

TERKINI

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...