Sumbangan Politik Tidak Pernah Diumumkan Dalam MT UMNO dan UMNO Negeri – Shahrir Samad - pakdin.my

renong-khazanah-halim-saad-tun-daim-mahathir

Majlis Tertinggi UMNO tidak pernah bertanya atau dimaklumkan sebarang derma atau sumbangan politik kepada akaun “trustee” Presiden atau Bendahari parti.

Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang mula menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa Majlis Tertinggi UMNO dan juga Badan Perhubungan UMNO Negeri tidak pernah dimaklumkan apa-apa sumbangan dan derma politik yang diperolehi oleh Presiden atau bendahari parti.

“Selama saya duduk dalam MT UMNO dan Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan Perhubungan Negeri.”

“Selain daripada harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada Presiden, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya.”

Shahrir berkata demikian dalam satu perbualan whatsapp sebagai respon kepada beberapa pihak yang mempersoalkan sama ada dana politik RM 2.6 B tersebut dimaklumkan kepada MT.

UTAMAPOLITIKSumbangan Politik Tidak Pernah Diumumkan Dalam MT UMNO dan UMNO Negeri -...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium