Suspek curi lori mati lemas- kereta terjunam dalam lombong - pakdin.my

suspek-curi-lori-lemas

Bukit Beruntung: Seorang lelaki dipercayai suspek cubaan curi lori ditemui lemas di sebuah lombong dekat Plaza Tol Bukit Beruntung di sini selepas melarikan diri daripada polis pagi tadi.

Suspek yang berusia 37 tahun dari Kapar, Klang dijumpai anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu kira-kira 8 pagi.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Shamsol Majidy Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.40 pagi dan sebuah jentera dengan lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

suspek-curi-lori-lemas-2

“Bomba mencari mangsa menggunakan peralatan khas dan mayat dijumpai di dasar lombong,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber, lelaki terbabit melarikan diri bersama seorang lagi rakannya selepas dipercayai cuba melarikan sebuah lori di Selayang.

Bagaimanapun, rakannya berjaya ditahan polis namun mangsa yang melarikan diri dengan memandu kereta hilang kawalan dan kereta dipandu terjunam ke lombong berkenaan.

UTAMABERITASuspek curi lori mati lemas- kereta terjunam dalam lombong

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium