Saman Fitnah: Saifuddin Mohon Maaf Kepada Khalid - pakdin.my

saman-saifudin-khalid-1
Kenyataan permohonan maaf secara terbuka itu dibacakan oleh Saifuddin

Kes saman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkaitan laporan mengenai isu Menteri Besar Selangor diselesaikan dengan baik selepas bekas Setiausaha Agung PKR itu memohon maaf kepada Abdul Khalid di Mahkamah Tinggi di sini.

Kenyataan permohonan maaf secara terbuka itu dibacakan oleh Saifuddin yang kini Pengarah Pilihan Raya PKR dan direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman M.Gunalan.

Abdul Khalid diwakili oleh peguam Edmund Bon manakala Saifuddin diwakili oleh peguam Wiliam Leong.

Kes itu sebelum ini ditetapkan untuk perbicaraan bermula Selasa lepas.

Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada dalam senarai saksi pihak defendan turut hadir di mahkamah pada Jumaat.

Pada 18 Ogos tahun lepas, Abdul Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin secara peribadi dan atas kapasiti beliau sebagai Setiausaha Agung PKR (ketika saman difailkan) berhubung pengedaran dokumen laporan ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’, bertarikh 14 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah bekas menteri besar itu.

Selain menuntut ganti rugi, Abdul Khalid memohon perintah menghalang Saifuddin atau wakilnya, pekerjanya dan kakitangannya daripada menerbit, mengeluar, mengedar, mencetak atau menyebabkan perkataan yang memfitnah beliau (Abdul Khalid).

saman-saifudin-khalid-2

UTAMABERITASaman Fitnah: Saifuddin Mohon Maaf Kepada Khalid

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium