Ringgit naik 1.12 peratus berbanding dolar AS - pakdin.my

ringgit_rendah

Ringgit naik 1.12 peratus berbanding dolar Amerika semasa ditutup hari ini, pulih daripada penurunan 17 hari berturut-turut, dengan minat risiko bertambah baik.

Pada 5 petang, ringgit disebut harga pada 4.2105/2155 berbanding dolar AS daripada 4.2580/2680 semalam.

Ringgit mencecah paras terendah harian semalam pada 4.2680 berbanding dolar, paras terendah sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lalu.

Peniaga korporat tempatan berkata permintaan pengeksport bagi ringgit mendahului akhir bulan serta permintaan sederhana daripada pelabur disebabkan minat risiko yang bertambah baik telah memberi sokongan kepada mata wang tempatan semasa sesi kedua dagangan.

Pengumuman kerajaan mengenai penubuhan sebuah jawatankuasa khas ekonomi bagi memastikan Malaysia mengekalkan momentum pertumbuhan ekonominya, juga dilihat sebagai positif oleh pelabur.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pembentukan jawatankuasa itu dapat memberikan keyakinan kepada pasaran dan juga orang ramai.

“Ini penting terutama bagi orang ramai, untuk menjelaskan beberapa kekeliruan berkaitan dengan keadaan turun naik semasa dalam pasaran tukaran asing dan kewangan.

“Sekurang-kurangnya, ia akan memastikan beberapa keseragaman dari segi aliran maklumat,” kata Afzanizam.

Sementara itu, seorang peniaga mata wang berkata, ringgit telah menunjukkan tanda-tanda sukar untuk terus jatuh.

“Ringgit yang terlebih jual akhirnya menunjukkan tanda-tanda sukar untuk terus jatuh. Perubahan trend mungkin berlaku pada kadar lebih besar kerana banyak yang memegang posisi jualan ringgit di sini serta pasaran hadapan ringgit di luar pesisir.

“Andaikan ringgit hampir ke paras terendahnya. Secara teknikal, pembetulan boleh berlaku (dolar AS dan ringgit) sehingga tahap di bawah 4.20 dalam tempoh terdekat,” kata peniaga itu.

Mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain semasa ditutup.

Ringgit naik sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0120/0167 daripada paras terendah 3.0143/0229 semalam dan mengukuh berbanding yen kepada 3.5223/5267 daripada 3.5295/5390 pada Selasa.

Ringgit juga pulih berbanding pound sterling kepada 6.6484/6580 daripada 6.6876/7042 dan menokok berbanding euro kepada 4.8631/8693 daripada 4.8826/8950.aku

UTAMAEKONOMIRinggit naik 1.12 peratus berbanding dolar AS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium