Ringgit: Mara tidak akan kurangkan kuota pelajar ke luar negara - pakdin.my

penuntut-mara-luar-negara-annuar-musa

Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak akan mengurangkan kuota pelajar tajaannya ke luar negara serta jumlah pembiayaan pelajar berikutan kejatuhan nilai mata wang ringgit ketika ini.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, Mara masih mempunyai keupayaan untuk menaja 210,000 pelajarnya, malah terdapat dana tambahan sebagai persediaan untuk menampung pembiayaan pelajar berkenaan.

“Buat masa ini, kami sedang mengembangkan dana pendidikan yang kami ada… kami ada bajet tahunan daripada kerajaan dan Mara juga sudah membuat satu dana endowmen bernilai RM1 bilion serta kita wujudkan satu kerjasama antara Mara dan pihak bank sebagai kemudahan tambahan,” katanya kepada Bernama.

Bercakap mengenai kerisauan ibu bapa pelajar tajaannya berkenaan masalah kewangan yang mungkin dihadapi pelajar yang menuntut di luar negara akibat kemerosotan mata wang negara, Annuar memberi jaminan bahawa jumlah wang yang diberikan kepada mereka akan kekal dan tidak akan dikurangkan.

“Ini kerana wang yang diterima oleh pelajar adalah dalam bentuk nilai mata wang negara itu (negara tempat mereka belajar) dan bukannya dalam bentuk nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM),” katanya.

UTAMARinggit: Mara tidak akan kurangkan kuota pelajar ke luar negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium