Ambil Iktibar Kejatuhan UMNO Di Kedah Bagi Hadapi Cabaran Masa Kini – Mahdzir

mahdzir-khalid

Anggota UMNO perlu mengambil iktibar daripada kejatuhan UMNO di Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dalam usaha mengukuhkan parti itu dalam menghadapi cabaran masa kini, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menteri Pendidikan itu berkata selain tsunami politik yang melanda negara pada 2008, kejatuhan UMNO di Kedah pada masa itu adalah disebabkan perpecahan dalaman parti di negeri itu.

“Ada (anggota UMNO di Kedah) pada masa itu sanggup kata kalau kalah padan muka, tengok kalah betul. Selepas kalah ramai yang terkejut, ramai juga yang menyesal, kecewa sampai dua tahun mesyuarat tidak ramai datang.

Daripada itu kita bangkit, bangun kuatkan UMNO Kedah sampai menang pada pilihan raya lepas. Hanya jika kita kuat akan kita jadi kerajaan, kalau kita lemah siapa akan jadi kerajaan ?,” katanya di Batu Anam di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Segamat di sini yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang juga Presiden MIC dan Anggota Parlimen Segamat.

Mahdzir menyeru anggota UMNO seluruh negara supaya tidak membiarkan parti itu menerima nasib yang sama seperti yang berlaku di Kedah dengan menyelasaikan segala pertelingkahan dalaman dengan baik dan bersatu di bawah satu payung.

“Jangan sesekali khianati parti, jangan berpecah jadi puak-puak kecil sehinggakan kita hilang kuasa untuk membantu rakyat. Ini telah berlaku di Kedah yang akhirnya kita tidak punya apa-apa, ketika itu menyesal sudah tidak berguna,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata anggota UMNO perlu memberi keyakinan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mentadbir parti dengan baik dan tidak sekali-kali mempercayai fitnah terhadap perdana menteri itu.

“Pihak sebelah sana tidak akan berhenti lakukan serangan, mereka akan lakukan serangan secara berterusan terutamanya kepada perdana menteri (Najib) untuk melemahkan kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin UMNO bersama parti komponennya, kita anggota UMNO perlu pertahankannya,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...