Kren tumbang di Masjidilharam: 65 jemaah terbunuh (gambar dan video) - pakdin.my

MEKAH  – Sekurang-kurangnya 65 jemaah terbunuh, manakala 154 cedera apabila sebuah kren tumbang dan menimpa bumbung Masjidilharam sebelum menghempap mangsa yang berada di dalamnya, hari ini.

Empat jemaah Malaysia yang berada di dalam masjid itu turut cedera.

Pihak berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi dalam Twitternya mengesahkan kejadian itu.

Menurut jemaah yang berada di tempat kejadian, nahas itu dipercayai berpunca daripada ribut.

Beberapa keping gambar kejadian itu yang disebarkan di media sosial menunjukkan mayat-mayat berlumuran darah bergelimpangan di lantai masjid.

Koresponden Al Jazeera, Hasan patel yang berada di Mekah berkata, saksi memaklumkan, kren tersebut tumbang di tingkat tiga Masjidilharam kira-kira pukul 5.45 petang waktu tempatan (10.45 malam waktu Malaysia).

“Berpuluh-puluh ambulans berkejar ke lokasi nahas bagi membawa jemaah yang cedera ke hospital.

“Pihak berkuasa Arab Saudi kemudian menutup tempat kejadian kepada jemaah.

“Sebelum solat Jumaat, Masjidilharam sesak dengan para jemaah,” katanya.

mekah-kren-tumbang-7 mekah-kren-tumbang-6

mekah-kren-tumbang-5

mekah-kren-tumbang-4

mekah-kren-tumbang

UTAMABERITAKren tumbang di Masjidilharam: 65 jemaah terbunuh (gambar dan video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium