Malaysia Cipta Rekod Proses Persenyawaan Panda Gergasi - pakdin.my

anak-panda-gergasi-zoo-negara

Malaysia muncul sebagai negara pertama yang berjaya menghasilkan proses persenyawaan secara semula jadi bagi pasangan panda gergasi dalam tempoh singkat iaitu selama 15 bulan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Mengatasi rekod Jepun yang mengambil masa 17 bulan, Liang Liang, panda betina yang ditempatkan di Pusat Giant Panda di Zoo Negara telah melahirkan seekor anak pada 18 Ogos yang lalu.

“Ia adalah rekod yang tersingkat dalam masa 15 bulan sahaja bersama, Liang Liang melahirkan anak,” katanya pada sidang media dalam lawatan di Zoo Negara, Ahad.

Pihak Zoo Negara sebelum ini tidak menjangkakan kelahiran anak Liang Liang dalam waktu yang singkat dan berikutan itu terpaksa mengambil langkah segera dan berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan ibu dan bayi yang baru lahir.

Pemantauan secara rapi dari Jabatan Perhilitan dengan kerjasama Zoo Negara bagi memastikan Liang Liang dan bayinya dalam keadaan baik dan sihat.

Pada 21 Mei tahun lepas, Kerajaan Malaysia menerima sepasang Giant Panda daripada Kerajaan China sebagai tanda hubungan diplomatik selama 40 tahun antara kedua-dua negara ini.

Selepas musim mengawan berakhir pada Mei tahun lepas, Liang Liang menunjukkan perubahan dan selamat melahirkan seekor bayi panda.

Wan Junaidi berkata, bayi panda berkenaan kini berada dalam keadaan sihat dan ditempatkan bersama ibunya, Liang Liang di kurungan khas dan dikuarantin bagi tempoh tertentu.

Beliau turut menambah, kementeriannya dalam perbincangan untuk menaiktaraf Zoo Negara ke tahap antarabangsa.

“Agensi-agensi kerajaan mempunyai perancangan besar dalam usaha menaiktaraf Zoo Negara ini pada hujung 2016, keadaan di Zoo Negara akan berubah selepas itu,” ujarnya lagi.

UTAMAMalaysia Cipta Rekod Proses Persenyawaan Panda Gergasi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium