ETS perkenal tiga laluan baharu - pakdin.my

Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) memperluaskan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) apabila membuka tiga lagi laluan baharu bulan depan.

Laluan berkenaan ialah Kuala Lumpur (KL) ke Gemas, Negeri Sembilan; Gemas ke Butterworth, Pulau Pinang serta Gemas ke Padang Besar.

Jadual KTM Komuter Sektor Selatan Kuala Lumpur – Gemas

Presiden KTMB, Sarbini Tijan berkata, perkhidmatan ETS dari Kuala Lumpur ke Gemas akan dilancarkan pada 1 Oktober manakala perkhidmatan ETS dari Gemas ke Butterworth serta Gemas ke Padang Besar pula akan bermula serentak pada 10 Oktober.

“KTMB sebelum ini memperkenalkan laluan ETS dari Kuala Lumpur ke Padang Besar, Perlis pada Julai lalu.

Jadual perjalanan KTM ETS Gemas – Padang Besar

“Berdasarkan maklum balas, rata-rata penggunanya berpuas hati dengan perkhidmatan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Korban Perdana KTMB dan Pelancaran Tren Shuttle Tumpat ke Kemubu di Stesen Keretapi Tumpat di sini semalam.

UTAMAETS perkenal tiga laluan baharu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium