Bekas Timbalan Menteri Abdullah Fadzil Che Wan Dilaporkan Hilang - pakdin.my

abdullah fadzil che wan

Bekas timbalan menteri, Datuk Seri Abdullah Fadzil Che Wan dilaporkan hilang sejak pagi Ahad.

Abdullah yang pernah memegang portfolio dalam kementerian luar dan pertahanan, dilihat kali terakhir pada pukul 11 pagi di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Anak lelaki beliau, Zadey menulis di akaun Facebooknya mengenai bapanya memakai baju kemeja hitam dan seluar biru gelap pada Ahad.

“Bapa saya, Abdullah Fadzil Che Wan, berusia 70 tahun, dengan ketinggian 160 sentimeter dan berat 65 kilogram hilang di Bukit Tunku hari ini. Beliau menghidap demensia. Jika anda pernah melihat atau mengetahui di mana beliau berada, sila hubungi 012-3359001, 016-3085773, 012-3013773 atau 019-3860085,” katanya.

Abdullah sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang dan presiden Persatuan Badminton Malaysia.

Pelakon, Lisa Surihani merupakan antara individu yang membantu menyebarkan berita mengenai kehilangan Abdullah bagi membantu dalam usaha mencari bekas timbalan menteri itu.

“Sila bantu untuk ‘repost’ (papar semula) dan sebarkan perkara ini,” kata Lisa.

UTAMABERITABekas Timbalan Menteri Abdullah Fadzil Che Wan Dilaporkan Hilang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium