Pengamal, Pengguna Media Sosial Perlu Bertanggungjawab - pakdin.my

Forum Komunikasi Dunia Kuala Lumpur

Pengamal dan pengguna media sosial perlu berhati-hati dan bertanggungjawab dengan setiap perkara yang dikongsi dan dilaporkan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.
Beliau berkata pengguna media sosial perlu memastikan setiap perkara yang dilaporkan dan dikongsi di laman sosial memberi impak positif dan tidak menjejaskan reputasi mana-mana pihak.
“Jangan sebab nak jadi ‘wartawan segera’ dan mengejar popular, kita melaporkan dan menyebarkan maklumat yang tidak benar sedangkan media sosial sepatutnya dijadikan platform untuk berkongsi maklumat positif,” katanya.
Jailani berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Komunikasi Dunia Kuala Lumpur (WCFKL) 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Isnin.
Beliau berharap WCFKL 2015 menjadi platform mewujudkan pengamal komunikasi yang lebih beretika dan bertanggunjawab dalam menyebar maklumat.
Jailani berkata melalui WCFKL 2015 yang buat pertama kali diadakan di Asia, Malaysia dapat berkongsi maklumat bagaimana mewujudkan langkah penyelesaian dalam menangani masalah maklumat tidak berasas.
“Melalui panel yang berpengalaman, kita berharap Malaysia dapat menimba ilmu dan strategi baharu, seterusnya dapat mengatasi cabaran baharu media sosial dengan secara positif,” katanya.
WCF yang asalnya bermula di Davos, Switzerland kini dibawa buat pertama kalinya di Asia dan Malaysia dipilih menjadi tuan rumah bagi tahun ini.

UTAMAPengamal, Pengguna Media Sosial Perlu Bertanggungjawab

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium