1MDB gembleng tenaga tangani persepsi masyarakat - pakdin.my

1mdb-arul-kanda-bbc-news

1Malaysia Development Bhd (1MDB) berusaha mengembleng kerjasama pelbagai pihak dalam memperbetulkan tanggapan orang ramai mengenai kedudukan fiskal dan prestasi syarikat itu.

Presiden merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda berkata, syarikat mengutamakan pengukuhan prestasi menerusi pelan rasionalisasi sebagai antara kaedah untuk menangani persepsi mengenai 1MDB dalam kalangan masyarakat, berbanding terjerumus ke kancah perbalahan dengan ahli politik dan bekas ahli politik.

“Segala tuduhan dilemparkan terhadap 1MDB adalah tidak berasas, sebaliknya bertujuan mencetuskan persepsi serong dalam kalangan masyarakat. ..hingga kini tiada bukti kukuh dikemukakan mana-mana pihak untuk menyokong tuduhan berkenaan.

“Semua tuduhan dangkal berkenaan, termasuk kononnya wujud pemindahan dana 1MDB berjumlah AS$700 juta (RM3.07 billion) ke akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah sekadar persepsi,” katanya dalam temubual dengan BBC Asia, Khamis.

Menurutnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara jelas menyatakan bahawa tiada dana 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.

“1MDB sehingga kini konsisten dengan pendiriannya bahawa tiada dana syarikat dipindahkan ke akaun mana-mana individu, termasuk Perdana Menteri,” katanya.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB gembleng tenaga tangani persepsi masyarakat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium