UtamaPOLITIKBersuaralah selantang mungkin, asal...

Bersuaralah selantang mungkin, asal tidak ganggu gugat negara - pakdin.my

MASYUARAT AGUNG PPKKM/AHMAD ZAHID HAMIDI

Jika ada pihak yang mengatakan terdapat sekatan daripada bersuara dan memberi pendapat, kewujudan 116,000 pertubuhan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) adalah bukti jelas kerajaan tidak pernah menyekat kebebasan bersuara rakyatnya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak pernah menghalang pendaftaran pertubuhan-pertubuhan walaupun diketahui ada antaranya “menongkah arus perdana”.

“ RoS dapat memberi bukti empirikal bahawa pertubuhan yang berdaftar itu merupakan bukti kerajaan memberikan kebebasan. Bersuaralah selantang mungkin asalkan tidak menganggu-gugat ketenteraman awam,”.

“Bergeraklah untuk mengumpul ahli yang ramai asalkan tidak menyentuh perkara-perkara yang sensitif dan melanggar undang-undang termasuk Akta Hasutan,” katanya di majlis perasmian Festival Pertubuhan Kebangsaan 2015  di Tasik Darulaman, Alor Setar, Sabtu.

Beliau juga berkata, tindakan RoS pada Jumaat meluluskan pendaftaran Parti Amanah Negara (Amanah) merupakan satu lagi bukti keterbukaan kerajaan memastikan kebebasan bersuara rakyat tidak disekat, walaupun tidak selari dengannya.

Menurutnya, RoS meluluskan pendaftaran Amanah itu berdasarkan permohonan yang dikemukakannya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, 116,000 pertubuhan yang berdaftar dengan RoS terdiri daripada 53,000 pertubuhan induk dan 63,000 pertubuhan cawangan berstatus aktif.

“Bilangan pertubuhan berdaftar di Malaysia secara relatifnya adalah banyak jika dibandingkan dengan jumlah penduduk,” kata beliau dan menambah, pertubuhan ini terdiri daripada parti politik, badan kesenian, badan sosial dan lain-lain lagi.

Apa yang dilakukan oleh ROS dan agensi-agensi lain, katanya, merupakan terjemahan daripada sikap bertanggungjawab kerajaan untuk melihat negara yang diambang status negara maju berjaya mencapai matlamatnya.

Beliau meminta suara majoriti rakyat yang senyap menolak “hiruk-pikuk” suara-suara kecil dalam negara yang sering menafikan kejayaan dicapai negara walaupun ia diiktiraf negara-negara luar.

Dalam masa pada itu, Ahmad Zahid juga memberi amaran pertubuhan atau organisasi yang masih belum berdaftar dengan RoS, supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selagi belum menerima kelulusan pendaftaran daripada agensi itu.

Katanya, mereka yang berdegil enggan mendaftar, tindakan perundangan boleh dikenakan terhadap kepimpinan pertubuhan itu berdasarkan kepada peruntukan di dalam Akta Pertubuhan 1966.

“Saya ingin memberitahu pertubuhan-pertubuhan itu (belum berdaftar) supaya jangan bergerak selagi belum mendaftar dan jangan mencari publisiti murahan jika jawatankuasa penaja belum mengemukakan permohonan kepada RoS,” katanya.

Pada ketika ini, katanya, terdapat banyak pertubuhan dengan pelbagai nama yang menyokong atau menentang (kerajaan) telah muncul.

Ahmad Zahid juga berkata, RoS dan Kementerian Dalam Negeri juga terus memantau tindakan pertubuhan tertentu menaungi aktiviti tidak sah, penggunaan pertubuhan keagamaan tertentu untuk menghalalkan aktiviti kongsi gelap serta penyaluran sumber kewangan hasil aktiviti pengubahan wang haram ke pertubuhan.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...