Hutang Yuran Tuisyen, Gambar Murid Digantung Tepi Jalan Di Kajang - pakdin.my

tuisyen-sg-long-gambar-tak-bayar-yuran

SEBUAH pusat tuisyen di Sungai Long, Kajang dibidas kerana meletakkan kain rentang yang mengandungi gambar empat murid yang tidak menjelaskan yuran tuisyen, menurut akhbar harian Cina.

Beberapa kain rentang itu dilihat berada di kawasan Sungai Long dan Cheras pada petang Jumaat.

Gambar kain rentang itu tersebar di laman sosial dengan netizen membidas tindakan yang dibuat pusat tuisyen berkenaan dan mengatakan perbuatan itu tidak beretika dan seperti ‘Ah Long.’

Operator pusat tuisyen berkenaan menafikan telah meletakkan kain rentang dan berkata dia mengenali dua murid yang tidak membayar yuran itu.

Dia berkata pusat tuisyen itu sudah beroperasi selama tujuh tahun dan sudah minta ibu bapa kepada murid untuk segera selesaikan yuran.

Seorang ibu dikenali sebagai Ling memberitahu kepada Guang Ming Daily yang dia tahu tentang kejadian itu selepas kawannya memberitahu gambar anaknya ada pada kain rentang berkenaan.

Dia mengaku sedang menghadapi masalah kewangan dan berhutang sebanyak RM 600 dengan pusat tuisyen anaknya.

Walaupun tindakan pusat tuisyen itu dianggap melampau, dia berkata akan selesaikan yuran itu dan menuntut permohonan maaf dari mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Balakong, Eddie Ng memberitahu kepada ibu bapa murid berkenaan untuk segera menghubunginya supaya dia boleh membantu untuk membuat laporan polis.

“Kami akan tuntut permohonan maaf dari pusat tuisyen itu,” katanya.

UTAMAHutang Yuran Tuisyen, Gambar Murid Digantung Tepi Jalan Di Kajang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium