Dakwaan Saifuddin SOSMA untuk tutup mulut ahli parti tidak berasas - pakdin.my

sosma
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menyifatkan kenyataan beka Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) digunakan untuk ‘menutup mulut’ ahli parti itu adalah tidak berasas.
Katanya, Saifuddin berhak memberikan pendapat dalam apa jua isu, namun dalam hal ini tuduhan ubeliau itu tidak berasas sama sekali sebab SOSMA itu diwujudkan dengan tujuan tertentu.
 “Ia tiada tujuan untuk menutup mulut orang daripada mengkritik kerajaan semata-mata,” katanya seperti dilaporkan Astro AWANI, Rabu.
Jelas beliau, penahananan ke atas Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan juga berikutan kesalahan yang dilakukan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu.
“Apabila mereka menahan Khairuddin sudah tentu mereka mengambil kira undang-undang tersebut. Sudah tentu ada kesalahan dibuat serta boleh menggunakan kuasa tersebut untuk mengambil tindakan, dan tiada kaitan dengan politik,”  jelas beliau.
Dr Salleh yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagaimanapun yakin semua ahli UMNO tidak akan terpengaruh dengan dakwaan Saifuddin.
“Pada saya ahli UMNO tidak akan terpengaruh sama sekali sebab dakwaan itu tidak berasas. Kewujudan SOSMA ada kaitan keselamatan negara tiada kaitan politik kepartian.
“Saya yakin sokongan kepada Perdana Menteri mendapat sokongan padu daripada ahli,” ujar beliau.

 Pada satu sidang media berkenaan SOSMA bersama wakil kumpulan masyarakat sivil dan organisasi bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini, Saifuddin berkata akta itu tidak seharusnya dikenakan ke atas Khairuddin.

Saifuddin yang juga bekas Timbalan Menteri itu turut mendakwa SOSMA digunakan pemimpin tertinggi UMNO untuk menakut-nakutkan dan ‘menutup mulut’ ahlinya yang cuba menjatuhkan presiden parti.

UTAMAPOLITIKDakwaan Saifuddin SOSMA untuk tutup mulut ahli parti tidak berasas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium