Kira-kira 40 premis yang kebanyakannya dijadikan stor simpanan di Pasar Chow Kit, musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.
Kejadian dipercayai bermula dari sebuah kedai runcit yang terletak di bahagian tengah premis.
Struktur premis yang diperbuat daripada kayu menyebabkan api marak dengan cepat namun dapat dikawal pasukan bomba yang tiba jam 12.30 tengah malam.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata, ia melibatkan antara lain kedai menjual barangan kering, bunga hiasan dan lain-lain.