Video: Lelaki Pukul Pekerja Cuci Kereta Warga Bangladesh Direman - pakdin.my

https://www.youtube.com/watch?v=nDGnIoss4GI

Seorang ahli perniagaan yang bertindak menampar seorang pekerja cuci kenderaan warga Bangladesh di Subang Perdana Sabtu lepas, direman dua hari bermula Isnin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Rozi Jidin berkata suspek ditahan pada kira-kira 10 malam tadi di kawasan Kampung Baru Subang, dekat sini.

Beliau berkata lelaki berusia 30-an itu ditahan bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

“Penahanan ini susulan daripada laporan oleh majikan pekerja warga asing berkenaan di Balai Polis Brickfields tengah hari semalam (Ahad),” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya polis masih menyiasat punca kejadian dan menunggu laporan perubatan mangsa untuk tindakan lanjut.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada pukul 12.45 tengah hari itu tersebar di laman sosial yang memaparkan mangsa dipukul di bahagian muka dan perkara itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

UTAMABERITAVideo: Lelaki Pukul Pekerja Cuci Kereta Warga Bangladesh Direman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium