Saman Ling Liong Sik: Tindakan lanjut ditentukan selepas bentang Bajet 2016 - pakdin.my

Peguam kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Hafarizam Harun akan untuk bertemu dengan anak guamnya selepas pembentangan Bajet 2016 di Parlimen untuk menentukan tindakan selanjutnya terhadap bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik berkaitan saman fitnah.

Menurut Hafarizam beliau hanya akan mendapatkan arahan selanjutnya ketika pertemuan dengan Perdana Menteri merujuk kepada kenyataan Dr Ling yang bertegas dengan pendiriannya bahawa Najib terbabit dengan rasuah.

Dr Ling pada 9 Oktober lepas membalas secara rasmi surat tuntutan yang dihantar oleh Messrs Hafarizam Wan & Aisha Mubarak bagi pihak Perdana Menteri yang antara lainnya meminta Dr Ling menarik balik kenyataan dan memohon maaf dalam tempoh tujuh hari dan membayar pampasan sewajarnya.

Isu tersebut bangkit selepas bekas Presiden MCA itu membuat kenyataan berunsur fitnah pada 3 Oktober lalu yang disiarkan pada sebuah portal berita berbahasa Inggeris bertajuk “MCA’s Liong Sik joins call for Najib’s ouster for allegedly putting people’s money in his own pocket”.

Dr Ling bagaimanapun enggan memohon maaf dan dalam kenyataannya berkata, beliau sedia mempertahankan diri dan berkata ‘jumpa di mahkamah’ kepada Perdana Menteri.

UTAMABERITASaman Ling Liong Sik: Tindakan lanjut ditentukan selepas bentang Bajet 2016

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium