Hasil kutipan GST diumum pada bajet 2016 - pakdin.my

mydin-serap-kos-gst

Hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) setakat ini akan diumumkan semasa pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Beliau berkata berdasarkan Bajet 2015, kerajaan menganggarkan kutipan GST untuk 2015, bermula daripada pelaksanaannya pada April lalu, berjumlah RM23.2 bilion.

“Pelbagai barang dan perkhidmatan dikecualikan atau dikenakan GST pada kadar sifar yang keseluruhannya dianggarkan sebanyak RM3.8 bilion,” katanya ketika menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, pelbagai pakej bantuan diberikan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia yang berjumlah RM4.9 bilion serta pengurangan kadar cukai individu dan syarikat, sebanyak satu mata peratusan.

Menjawab soalan tambahan Rafizi Ramli (PKR-Pandan), Chua berkata bagi tempoh April sehingga kini, kerajaan membayar balik tuntutan cukai input GST sebanyak RM4.5 bilion kepada entiti perniagaan.

Katanya, jumlah tuntutan cukai input yang difailkan syarikat perniagaan dalam tempoh 14 hari bekerja meningkat setiap bulan dan mencecah 41%.

“Pada masa sekarang, terdapat juga yang salah mengisi borang. Namun begitu kerajaan juga tidak mengenakan kompaun kerana buat masa ini kita di peringkat untuk memberi bimbingan,” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan kerajaan tidak mempunyai wang untuk membayar balik tuntutan yang dibuat syarikat terbabit.

UTAMAHasil kutipan GST diumum pada bajet 2016

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium