Gear Pendaratan Rosak, Pesawat British Airways Mendarat Cemas

british-airways-mendarat-cemas

SEBUAH pesawat British Airways mendarat cemas di Afrika Selatan selepas mengalami kerosakan pada gear pendaratan pada Isnin.

Portal MailOnline melaporkan sayap kiri pesawat Boeing 737 terseret di landasan sebaik sahaja ia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambo di Johannesburg.

Pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian dan 94 orang di dalam pesawat menggunakan tangga kecemasan untuk dibawa ke tempat selamat.

Seorang penumpang, Warren Mann memberitahu Traveller24 mengenai juruterbang memaklumkan bahawa pesawat itu mengalami kerosakan pada gear pendaratan.

Tambahnya: “Keadaan itu menyebabkan pesawat mendarat landasan dengan kuat. Kami dapat melihat percikan api di bahagian sayap kiri dan enjin yang terseret di sepanjang landasan.

“Operasi bomba dan penyelamat terus membuat semburan pada pesawat dan kami semua dikeluarkan menggunakan tangga kecemasan.”

Keadaan pesawat British Airways Comair selepas membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambo.

British Airways memberitahu MailOnline bahawa insiden berkenaan melibatkan sebuah pesawat yang dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat francais Comair, yang berpangkalan di Afrika Selatan.

Seorang jurucakap Comair berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan.

“British Airways (dikendalikan oleh Comair) BA6234 yang berlepas dari Port Elizabeth dengan enam anak kapal dan 94 penumpang terlibat dalam insiden sewaktu pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambo pada hari ini (Isnin).

“Kami ingin mengesahkan bahawa kesemua penumpang dan anak kapal selamat tanpa sebarang kecederaan yang dilaporkan.

“Comair dan pihak berkuasa berkaitan akan menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut,” katanya.

Kategori:

MENARIK

BERKAITAN

TERKINI

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...